Tuesday, March 27, 2012

Kata Hatiku



Jodoh, pertemuan, perpisahan segalanya aturan takdir...
Segala yg telah takdir tetapkan x pernah sesekali silap...
Yang slh adlh kita yang sukar hendak menerima kenyataan...
Dan bila Tuhan berkata jadi, maka jadilah sesuatu itu.....
Walau pon kita x bersedia utk menerimanya lg....
Redhakanlah hati menerima sgla ketentuan kerana sesudah kesulitan pasti akan ada kemudahan....
Dan segala keperitan pasti akan muncul kebahagian...
Kebahagian milik orang yg mmpu bersabar....
Maniskan hadiah selepas kesabaran yang kita pertahankan.....
Subhanallah......
Bilakah kesempatan ini akan dpt dikecapi??...
ermmm...

Friday, March 16, 2012

Ketika ALLAH mencipta WANITA......

Ketika ALLAH menciptakan wanita..

Malaikat datang dan bertanya... " Mengapa begitu lama, Tuhan"...
Tuhan menjawab.."Sudahkan kamu melihat setiap detik yang AKU ciptakan untuknya?"..
Dua tangan mesti dibersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh digeraknya & berfungsi baik agar dia dapat mengolah pelbagai jenis makanan...


Mampu memberi kenyamanan kepada anak-anaknya....
Mempunyai pelukan yang mampu menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...
Dan semuanya cukup dilakukan dengan kedua tangan ini....
Malaikat menjawab.."Dengan hanya dua tangan ini?"...
"Tetapi...Engkau membuatnya dengan begitu halus dan lembut"....
"Ya...AKU membuatnya dengan begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa...
"Apakah dia mampu berfikir?"....tanya Malaikat
Tuhan menjawab.." Tidak hanya berfikir, dia mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya"...
Malaikat itu menyentuh dadanya....
"Tuhan..Engkau membuat ciptaan ini kelihatan begitu rapuh & lemah seolah banyak sekali beban untuknya"...
"Itu bukan kerapuhan itu air mata..AKU berikan kepadanya agar dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegaluan, cinta, kesepian, penderitaan dan rasa bangga"...
"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-MU ini sungguh menakjubkan"....
"Ya...harus!!! Wanita ini mempunyai kekuatannya untuk mempersona lelaki...
Dia dapat mengatasi bebanan hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...
Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...
Mampu tertawa saat hatinya menangis...
Dia boleh berkorban demi orang yang dikasihinya...
Dia boleh melawan ketidakadilan...
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia....
Hatinya terluka disaat melihat kesedihan...
Dia tahu sebuah ciuman & pelukan mampu mengubat luka...
"CINTANYA TANPA SYARAT"...
Malaikat sangat kagum " Lalu apa kekurangannya?"...
Tuhan menjawab "..Hanya satu hal....Dia terkadang terlupa betapa berharnya dia"....


Subhanallah.....
beruntungnya kita wahai kaum wanita...
tengok betapa sempurnya ALLAH ciptakan kita...
Dengan penuh lemah lembut, halus ciptaan-NYA...
ALLAH jadikan wanita dgn byk sekali keistemawaan berbanding dgn lelaki dan makhluk lain...
ALLAH jadikan kita dgn byk sekali kekuataan....
ALLAH jadikan peneman wanita adalah air mata...
Tetapi air mata tu bukan tanda kita lemah kn?...
Bak kata pepatah Inggeris " NO WOMEN,NO CRY"...hehehe
Memang x dinafikan wanita mmg sinonim dgn air mata, tapi x bermakna kita lemah...
Sometimes, sbb terlalu gembira pon blh ngalirkan air mata kn?..bkn setakat sedih jew...
Biarlah org nk ckp kita ni cengeng kew apa....
eh byk plak membebel...hehehe..
ha ni la jadinya klu tibe2 "coklat mencurah2 ke ladang gandum" (iklan coco crunch..hehehe)...
sebenarnya nk kongsi dialog diatas jew tentang hebatnya ALLAH dlm menciptakan kita kaum wanita..ha, pada kaum adam tu jgn lah kecik hati ae..hehehe..setiap makhluk ALLAH diciptakan dgn keistimewaannya yg tersendiri...
Syukur lah ae dgn apa yg ALLAh kurniakan utk kita...
ok lah,xnk bebel pjg2 lg..hehehe...
ingat "SEINDAH HIASAN DI DUNIA ADALAH WANITA SOLEHAH"...
jom kita sama2 berusaha utk menjadi yg terbaik, jd hamba yg taat pd PENCIPTAnya, jd ank yg solehah, n jd isteri yg solehah juga ibu yg mithali....INSYAALLAH...
sekian..assalamualaikum...salam syg utk semua...






Thursday, March 15, 2012

Happy Bufday to Meeee!!



Kata orang, usia bukanlah segalanya. Bukan jugak something yg nk ditakutkan dan diambil berat sgt. Ada jugak org kata  , usia merupakan satu penanda aras ataupun titik tolak mula kemajuan dlm hidup seseorang. But for me, usia memang sesuatu yang menarik. Bila bertambah usia kita akan melambangkan kematangan kita dlm berfikir @ dlm setiap apa yg kita lakukan... dlm pemikiran msyarakat  kita sendiri, klu  nak diukur perangai seseorang, selalunya orang  akan kaitkan dengan usia. Maka lahirlah ayat ayat macam ni :


“umor dh 20 tahun pon,perangai still mcm bdak2 lg” ataupon “ dh tua bangka umor tu,xsedar2 diri lg kew”..ataupon..”eh umor tu dh ibarat rumah ckp pergi,kubur ckp dtg....xreti2 nk taubat”...


Ha!..nmpk kn usia kita sgt penting..dgn usia org dpt tgk sapew diri kta sebenarnya..usia  yg meningkat saban tahun blh jd pengukur utk diri kita sndri..apakah kejayaan yg dh kita buat sepanjang usia kita sekarang?..apakah perkara terbaik yg dh kita lakukan utk hidup kita n utk org disekeliling kita?...ha! dh ada blm semua tu?dh buat blum?.. Kalau umur meningkat, tapi langsung tak ada kejayaan , apa gunanya kita hidup kan? Sedangkan badan kita pun ada pertumbuhan , dari kecik sampai la besar  gini haa..xkira la kejayaan apa skali pon,kejayaan dpt keje kew, kejayaan dpt msuk menara gading kew, tp satu jew kejayaan yg diharapkan iaitu kejayaan dlm melawan hawa nafsu..skrg kita  berada di zaman yg serba canggih, byk plak kan godaan2 dan halangan yg dtg..tp apa yg penting hati kita mesti kuat utk melawan....

                                      

Alhamdulillah..hari ni 15 Mac 2012, genap usia aku 23 tahun..terima kasih mak,terima kasih ayah..tanpa kalian 23 tahun dulu kakak x wujud kt dunia ni..xdpt kakak tgk keindahan ciptaan Allah..Lahir  dengan harapan besar dari mak ayah untuk jadi manusia berguna, aku harap dalam 23 tahun ni ada jugak gunanya hidup....

Maaf kepada yang wish happy birthday di wall facebook then aku ada attachedkan link ni. Anda terpaksa spend time membaca karutan kali ni...hehehe jgn mara ae.. yg sebenaqnya  nak ucapkan beribu juta billion terima kasih  kat korang yang sudi menge’wish’  sempena my bufday . Kenal tak kenal lain citer kn, yang penting kalian mmg  sporting habis and terima kasih bebanyak sangat sebab sudi luangkan beberapa saat anda yang berharga untuk tu utk  type in beberapa perkataan untuk wish ...i’m really2 appreciate it... your prayer is very meaningful  for me to further my life in future..syukran jazilan ya akhi, ya ukhti, ya sahabat...

Sampai cni jew kot celoteh aku kali ni. Hadiah?? Celebrate?? aku tak berharap pun untuk dapat hadiah and celebrate my bufday. Memang dah terbiasa dari kecik tak celebrate bufday macam orang lain. Kesian? Tak la. Kalau celebrate gah2 tapi makin besar makin teruk pun tak ada guna jugak  kan? Lebih baik setiap kali sampai bufday kita, kita duduk sorg2 dan renung balik dalam masa setahun yang berlalu tu, apa yang kita dah dan belum lakukan. Buat review balik and klu blh, kita tampalkan apa yang kurang...kita perbetulkan apa yg salah..itu lg baik kn.

Ha!...haish entry ni sbnrnya nk ckp terima ksih jew kt kalian yg wish and doakan utk aku..tp melalut lbh2 plak kn..hehehe..Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dan dipermudahkan segala urusan kita hari ini,esok,lusa, dan hari2 yg seterusnya..syukran jazilan..happy bufday to meeeeeeeeeeeeeeeeeeee...hehe..syok sendiri plak kn..k lah byk sgt membebl nih...smoga kalian sihat n gembira sokmo deh..Assalamualaikum


Friday, March 9, 2012

Pose pd hari Jumaat??ermmm

Assalamualaikum n salam jumaat
Syukur pd Allah S.W.T sbb masih lg beri kesempatan utk kita bernafas hari ni. Hari jumaat merupakan penghulu sgla hari n “hari raya bg umat Islam”...alhamdulillah

Dh agak lma jgak lah x jenguk blog nih, dh berhabuk dh..heee J..tbe2 hari ni dtg idea plak nk berceloteh serba sedikit..bkn berceloteh kosong, ada sikit info yg aku nk share sma2..utk  panduan aku sndri n utk smua kwn2 jgak..pnah x korg dgr org ckp “ klu pose hari jumaat xblh,klu nk pose gak kna pose hari sabtu?”...mesti pnah kn..sbb aku pon pnah gak berdepan ngan ni..ada suatu hari msa dok sembang ngan mak n ayah ..ayh ada ckp die nk pose esok (ari jumaat la)..pastu aku pon ckp la kt ayh, “ayah ada org ckp klu nk pose ari jumaat kna pose ari sabtu”...pastu ayh tegur “ustaz mna ajar ni?”..trus aku diam..ha! kn dh kna mrh..x pasal2 jew..so ari nie aku ada sikit info yg nk kita kongsi sma2..xslahkn utk kita berkongsi...Rasulullah sndri pon pnah bersabda yg bermaksud “ sampaikanlah walau pon sepotong ayat”...so ari n ink share la ckit... aku jmpa beberapa ayat n hadis yg boleh jelaskn kita tntg pose ari jumaat ni..jom kit abaca sma2 n fhmkn betul2..:)

  • Ditegah berpuasa sunat hari Jumaat kecuali orang yang biasa berpuasa (macam puasa Nabi Daud sehari puasa sehari berbuka) atau yang biasa berpuasa pada pertengahan bulan hijrah.  Puasa ganti ramadhan TIDAK di tegah.
  • Hari Jumaat disunatkan melakukan amalan-amalan Soleh (seperti berselawat), akan tetapi mengkhususkan hari jumaat untuk berqiam al-lail dan juga berpuasa adalah ditegah. Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda :
  • لا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي ، وَلا تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الأَيَّامِ ، إِلا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ
  • "Jangan mengkhususkan malam Jumaat untuk Qiam Al-Lail dari malam yg lain, dan mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa dari hari yang lain, melainkan telah biasa berpuasa salah seorang dari kamu" - [Hadith Riwayat Muslim #1144].

Al-San'aani menjelaskan (didalam Subul al-Salaam) :

  • الحديث دليل على تحريم تخصيص ليلة الجمعة بالعبادة، وتلاوة غير معتادة إلا ما ورد به النص على ذلك كقراءة سورة الكهف .

  • "hadith ini menunjukkan haram mengkhususkan hari Jumaat untuk beribadat atau membaca Al-Quran yang bukannya amalan kebiasaan seseorang, selain dari mana yang telah diajarkan, seperti membaca surat al-Kahf."

Kata Al-Nawawi pula:
  •  وَفِي هَذَا الْحَدِيث النَّهْي الصَّرِيح عَنْ تَخْصِيص لَيْلَة الْجُمُعَة بِصَلاةٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِيِ , وَيَوْمِهَا بِصَوْمٍ. وَهَذَا مُتَّفَقٌ عَلَى كَرَاهِيَته
  • "Hadith ini jelas menunjukkan haram mengkhususkan malam Jumaat untuk solat atau siang harinya berpuasa. Telag dipersetujui bahawa hukumnya MAKRUH"
  • Beliau mengatakan bahawa hari Jumaat ialah hari berdo'a, zikir, beribadat seperti ; mandi, pergi ke masjis awal, mendengar khutbah dan mengingat Allah banyak-banyak selepasnya sebagaimana yang dinyatakan didalam surah Al-jum'ah 62:10.

Shikeh Al-Islam, Ibn Taimiyah berkata :
  • إن السنة مضت بكراهة إفراد رجب بالصوم ، وكراهة إفراد يوم الجمعة ..
  • "Sunnah mengatakan adalah makruh mengkhususkan satu hari berpuasa didalam bulan Rejab, dan Makruh mengkhususkan berpuasa satu hari pada hari Jumaat" - [al-Fataawa al-Kubra, 6/180]

Bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Ibn Utsaimin berkata :
  • وأما الجمعة فلا يُسنّ صوم يومها ، ويُكره أن يفرد صومه
  • "Bagi hari Jumaat, bukanlah sunat berpuasa pada hari itu, dan hukumnya MAKRUH berpuasa satu hari" - [al-Sharh Al-Mumti' 6/465]

Dari Hadith dan pandangan ulama'2 ni, menunjukkan bhwa adlh makruh berpuasa 1 hari atau dikhususkan berpuasa satu hari pada hari Jumaat. Ygdimaksudkan berpuasa itu merujuk kpd puasa sunat. Mereka yg melakukan puasa Qadha' Ramadhan dikecualikan dari tegahan ini. 

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Daa'imah Arab Saudi :-
  • فيجوز للمسلم أن يصوم يوم الجمعة قضاء عن يوم رمضان ولو منفرداً
  • "Dibenarkan bagi seseorang Islam berpuasa pada hari Jumaat bagi mengqadha' puasa Ramadhan walaupun berpuasa 1 hari" - [Al-Lajnah Al-Daa'imah, 10/347].
ni plak apa yg para Sahabat tyakan pd Rasulullah S.A.W dan Rasulullah S.A.W bersabda :

Di dalam mahzab Syafie, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau tidak disertakan puasa sunat pada hari Sabtu adalah makruh.

Dari Muhammad bin Abbad bin Ja’far, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat ? Jabir menjawab: Ya." (HR Muslim).

Dari Juwairiah, “Bahawa Rasulullah SAW masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: Tidak. Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok?Saya menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Hendaklah engkau berbuka.” (HR Bukhari) 
Nabi bersabda, “Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (HR Ahmad) 

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya". (HR Muslim).



Ha...kt cni kita dh dpt jwpnnya kn..yg xboleh pose ari jumaat tu adalh pose sunat...klu pose qadha’ Ramadhan dibenarkn n xda tegahan pon.. so klu kita nk buat pose sunat ada hari2 lain yg diharuskan..tp ada jugak pose yg diharam utk kita berpose..contohnya hari yg diharuskan pose sunat hari isnin,hari khamis,puasa dlm bln sya'aban,  pose 6 hari dlm bln Syawal, pose Arafah pd 9 Zulhijjah (time jemaah haji tgh bt wukuf kt pdg Arafah), pose hari  Tasu’a  dan  ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram (hari yg kita mkn bubur 'asyura tu kn..heee mkn jew ingt), pose 3 hari drpd tiap2 bulan pada 13,14 & 15 hb, pose satu hari berbuka satu hari ( mcm kisah Nabi Daud a.s), pose 8 hari drpd bln Zulhijjah sblm hari Arafah bg org yg sdg mengerjakan haji atau x, pose dlm bulan2 haram iaitu bln Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab...ha, ni msa yg di sunatkn kita berpuasa..tp ada jugak pose yg dimakruhkn n diharamkn utk kita berpuasa, antaranya pose yg  dimakruhkn ialah mnntukn hari utk berpose spt jumaat shj,Sabtu & Ahad shj dan pose sepanjang tahun (larat kew kita nk pose spjng thun..hee :) elok2 bdn tu gemok,kurus plak kn)...dan pose yg diharamkn dlm Islam ialah  pose sunat sorg perempuan tanpa izin suaminya (sshkn kita ni kaum pompuan..tp tulah keistimewaan kita..bg yg dh ada suami tu mnta la izin cik abg dulu yea..si suami plak jgn la hlg klu isteri nk pose,kamu jgak akn dpt phala nti..tolak ansur la..heeee ckp mcm dh ada suami..hehehe), pose pd hari syak iaitu pd hari 30 Sya’ban, pose pd hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik (ish..org sronok nk berya die plak rajin nk pose..Allah perintahkn pose sebln dlm bln Ramadhan xnk plak bt kn exp; kaum sejenis ngan aku la ae..hehe..kitaorg special kes..:) , pose pompuan haid & Nifas, pose bg org yg bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya sbb berpose (cthnya someone yg ada gastrik truk..klu pose msti die blh pengsan...tp klu gastrik ckit2 tu xpyh la nk ngada2 ae, cba berthn..kdg2 dgn berpose akn jd ubt utk penyakit kita tu :) )...ha ni la serba sikit info yg blh kongsi..yg selebihnya baiklah kita bertanya pd yg pakar...

Sma2 lah kita betulkn apa yg slh..klu ada tersalah info yg aku bg ni tolong la tegur ae..sesungguhnya segala yg baik itu dtgnya daripada Allah, sgala yg buruk dtgnya dr diri Nurrul Syuhada sndri..

wallahu 'alam.
wassalam

 
Blogger Templates by Wishafriend.com